
+609 741 2344
5472-I Jalan Dusun Muda, 15200 Kota Bharu, Kelantan
No. Pendaftaran: D-5-0451

Pusat Informasi KOPELADAR


Alhamdulillah koperasi peserta ladang rakyat negeri kelantan berhad (KOPELADAR) telah berjaya ditubuhkan pada 20 October 2009 di bawah Akta Koperasi 1993. Laman web KOPELADAR telah selamat dilancarkan untuk tatapan anggota dan umum.Saya berharap tuan/puan berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan berada pada peliharaan Allah.Sebagaimana yang tuan/puan maklum bahawa teras perniagaan KOPELADAR adalah stesen minyak petronas dan Hartanah akan tetapi Kopeladar juga ada menjalankan perniagaan air mineral sebagai satu permulaan untuk memecahkan serta mengimbangkan pasaran dalam negeri khursusnya.Anggota Lembaga dan Kakitangan Koperasi telah merangka beberapa strategi pelan bagi mengimbangi dan menyusun atur arah tuju daya koperasi ini.Dalam usaha menambahbaik perjalanan koperasi, saya telah menggariskan beberapa perancangan dan penyusunan semula aktiviti koperasi.Dengan mendahulukan Due Diligence Examination ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan sebelum ini untuk mengenalpasti matlamat dan permasalahan yang mungkin wujud diikuti dengan penjenamaan semula koperasi mengikut beberapa aktiviti bersifat khidmat masyarakat yang telah dan sedang dirancang diharap akan membuka ruang baru dalam istilah mengurus koperasi.
​
Saya selaku Pengerusi Koperasi amat yakin terhadap potensi perkembangan dan kemajuan yang boleh dan lebih banyak akan dicapai oleh Koperasi dengan syarat nilai urus tadbir yang cekap, amanah, telus dan professional akan mampu membawa Koperasi ke mercu kejayaan yang mendapat keredhaan Allah S.W.T. Kami juga mengharapkan lontaran idea daripada setiap anggota dengan sikap berlapang dada terhadap sebarang cadangan yang rasional dan praktikal untuk kami adun bagi membina KOPELADAR lebih gemilang. Marilah sama-sama kita berganding bahu, bertolong-tolongan, tegur-menegur dengan membuang jauh semua perasaan emosi, amarah dan sikap negatif yang lain dalam upaya kita membina jihad ekonomi yang orbitnya adalah Islam, iman dan taqwa menuju sebuah perniagaan yang mendapat keberkatan, rahmat dan redha Allah.
HJ. MOHD MORTAZI BIN ISMAIL
Pengerusi Koperasi Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan Berhad (KOPELADAR)
Hubungi kami di:
5472-I, JALAN DUSUN MUDA
15200 KOTA BHARU KELANTAN
© 2018 KOPELADAR